• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

100 Murid DUN Permaisuri Jayakan Hari Buku Sedunia


Seramai 100 murid dari lima sekolah di Setiu menjayakan program sempena Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam.
Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Setiu, Mohd Azran Yusof berkata, lima sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri masing-masingadalah Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol, SK Lembah Jaya, SK Putrajaya, SK Kampung Buluh dan SK Mangkuk.
Katanya, Perpustakaan Awam Daerah Setiu juga menjemput pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Inspektor Diana Zaini untuk menyampaikan taklimat mengenai keganasan jenayah seksual di kalangan kanak-kanak dan langkah untuk mengelak kes seumpama itu.
"Acara terakhir program ini diselitkan dengan aktiviti mewarna yang disertai peserta.
"Program ini mendapat sambutan baik dan saya berharap akan ianya akan diteruskan lagi pada masa hadapan agar masyarakat di Daerah setiu dapat menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup seharian dan jadikan budaya ilmuan, "katanya.


Dalam pada itu, Azran berkata, pihaknya sedang mengadakan kempen bebas denda bermula 20 April lalu sehingga 30 April 2017 bertujuan menggalakkan pengguna yang lewat memulangkan buku yang dipinjam supaya dapat memulangkan semula pada tarikh tersebut tanpa dikenakan denda.

Tag: