lightning-solid
Berita :
100 Pelajar Gen Z dan Mahasiswi Diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa DUN Kijal
100 Pelajar Gen Z dan Mahasiswi Diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa DUN Kijal
Hafiz Rosli
1 hari yang lepas
98

KEMAMAN, 1 Mac – Seramai 100 pelajar diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Gen Z dan mahasiswi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang berlangsung di Quale Café, Bukit Kuang di sini semalam.

Pengarah program, Nurul Hidayat Ibrahim berkata program tersebut bukan sekadar acara berbuka puasa, malah menjadi platform mendekati golongan muda.

“Selain itu, menjadi medan mendengar sendiri pandangan dan harapan mereka mengenai masa depan pendidikan, kerjaya dan pembangunan setempat.

“Program ini memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berinteraksi secara lebih dekat dan menyuarakan pandangan mereka. Kita mahu mereka rasa dihargai dan diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

FB_IMG_1772324088470.jpg 134.46 KB


Sementara itu, ADUN Kijal, Datuk Razali Idris berkata golongan Gen Z dan mahasiswa merupakan aset penting yang akan mencorakkan masa depan DUN Kijal, negeri dan negara.

Katanya, mendekati anak muda perlu diteruskan secara konsisten agar suara dan aspirasi mereka dapat difahami.

Sekali gus, memastikan pembangunan yang dirancang selari dengan keperluan generasi masa depan

“Anak-anak muda hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Kita mahu mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi mempunyai jati diri yang kukuh, berakhlak baik dan bersedia memikul tanggungjawab kepada masyarakat,” ujarnya.
FB_IMG_1772324091785.jpg 118.38 KB


Tag :

Artikel Berkaitan