lightning-solid
Berita :
10,000 Isi Rumah Di DUN Buluh Gading Terima Agihan Kurma, Taqwim Puasa
10,000 Isi Rumah Di DUN Buluh Gading Terima Agihan Kurma, Taqwim Puasa
Mohd Haniff Abas
9 jam yang lepas
76

 KUALA TERENGGANU, 12 Februari  –Seramai 10,000 isi rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading menerima agihan kurma dan taqwim puasa sempena ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Agihan tersebut dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing melibatkan semua kampung dan penempatan di bawah pentadbiran DUN Buluh Gading.

629664386_1543993604396861_5149576542809573942_n.jpg 100.26 KB
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, program berkenaan merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi membantu persediaan awal penduduk dalam menyambut bulan Ramadan, khususnya dalam suasana serba kekurangan dan pelbagai cabaran kos sara hidup ketika ini.

Menurut beliau, selain meringankan beban, program tersebut turut bertujuan menyemai rasa kebersamaan, keprihatinan serta memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

631847762_1543993501063538_7937389785349810282_n.jpg 156.21 KB
“Walaupun sumbangan ini sederhana, ia diharap dapat memberi manfaat kepada penerima serta menjadi simbol keprihatinan terhadap kebajikan rakyat DUN ini,” katanya.

Program agihan kurma dan taqwim puasa ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus sebagai usaha bersama memperluaskan program kebajikan kepada masyarakat.

632866039_1543993541063534_3743238312937190731_n.jpg 60.16 KB
Dalam pada itu, Ridzuan turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Alias Razak atas sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan pelaksanaan program tersebut.

Beliau berharap, sumbangan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap penerima serta menyemarakkan lagi penghayatan ibadah, semangat kebersamaan dan amalan kebajikan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.


Tag :

Artikel Berkaitan