• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

10,000 Rai Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Alur Limbat

Pengunjung merakamkan kenangan bersama ADUN dan isteri.

Sekitar 10,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan sekitar Marang mengunjungi kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ariffin Deraman sempena rumah terbuka beliau di Kampung Gelugor Che Hassan, Alur Limbat, semalam.

Majlis yang menyajikan pelbagai juadah termasuk aiskrim berjalan lancar dengan bantuan petugas yang berpakaian sedondon hijau, mula dikunjungi orang ramai sejak jam 11 pagi.

Ariffin berkata, majlis itu meraikan penduduk seluruh Alur Limbat sempena Aidilfitri dan menghargai sokongan penduduk terhadap parti itu sehingga mampu meraih kemenangan pada pilihan raya umum lalu.
"Ia sekali gus menjadi majlis kesyukuran kami dalam meraikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu yang tidak sempat diadakan," katanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri serta ADUN dalam Parlimen Marang.


Tag: