lightning-solid
Berita :
150 Rumah PRR Kampung Jeram Mula Dibina September, Harga RM60,000 Seunit
150 Rumah PRR Kampung Jeram Mula Dibina September, Harga RM60,000 Seunit
Adli Mohamad
14 jam yang lepas
87

KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Kerajaan Terengganu akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan Projek Residensi Rakyat (PRR) Kampung Jeram bernilai RM42.9 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, projek itu membabitkan pembinaan 150 unit rumah pangsa yang akan dijual pada harga RM60,000 seunit.

Menurutnya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Perumahan telah menyelesaikan bayaran premium tanah berjumlah RM324,272 kepada Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

“Pada masa ini, proses pendaftaran hak milik tanah kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu sedang dilaksanakan dan dijangka selesai pada Julai 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Buluh Gading, Ridzuan Hashim, pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Wan Sukairi berkata, KPKT akan meneruskan pelaksanaan projek itu sebaik sahaja urusan pendaftaran hak milik tanah berkenaan diselesaikan.

“Berdasarkan perancangan semasa, kerja-kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan pada September 2026,” katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan