• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

164 Terima APC PPD Setiu 2016


Seramai 164 menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Setiu (PPD) Setiu 2016 di Putera Jaya, Setiu, hari ini.
Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.
Di dalam ucapannya Iskandar mahu guru menjadi sebagai `role model' di mana pada zaman dahulu guru amat disanjung masyarakat dan dijadikan tempat rujukan masyarakat untuk pelbagai perkara.
Menurutnya, budaya itu perlu dikembalikan semula pada zaman ini apabila ramai guru terlibat dalam kumpulan kemasyarakatan.
"Guru juga perlu memahami pelan pembangunan pendidikan Malaysia dengan perkaitannya situasi sekarang agar generasi akan datang mampu melahirkan kemenjadian murid," katanya.

Iskandar mengucap tahniah kepada penerima anugerah itu dan mahu seluruh warga kerja Pejabat Pendidikan Setiu melaksanakan tugas dengan penuh integriti, berhemah, berdedikasi, ikhlas dan juga amanah.
Dalam pada itu, bercakap Teganukita, Pengawai Pendidikan Daerah Setiu, Kifayatullah Mohd Said merakamkan ucapan tahniah kepada penerima anugerah dan berharap mereka dapat mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan dan menjadi institusi yang disegani ramai.
"Selepas ini penerima anugerah ini diharap akan menjadi pembimbing pada guru-guru baru agar sentiasa menjaga imej sebagai kakitangan yang menjunjung dan menyokong dasar-dasar kerajaan memerintah," katanya.

Tag: