lightning-solid
Berita :
185 Peniaga Bazar Ramadan Pasar Manir Terima Sumbangan PKM Manir
185 Peniaga Bazar Ramadan Pasar Manir Terima Sumbangan PKM Manir
Ahmad Mawardi
15 jam yang lepas
100

HULU TERENGGANU, 22 Februari – Seramai 185 peniaga Bazar Ramadan Pasar Manir  menerima kunjungan dan sumbangan kurma, apron dan takwim daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Manir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, inisiatif itu bukan sekadar agihan material, sebaliknya menjadi platform "Ziarah Kasih" untuk merapatkan jurang antara pemimpin dan masyarakat setempat.

"Selain menyampaikan sumbangan, ini adalah peluang keemasan untuk kami mendengar sendiri aspirasi peniaga dan menyantuni pengunjung yang rata-ratanya merupakan penduduk tetap DUN Manir." katanya ketika ditemui media selepas program tersebut.

WhatsApp Image 2026-02-22 at 12.08.14 AM.jpeg 501.8 KB
Menurut beliau lagi, program seumpama itu telah diangkat sebagai acara tahunan wajib bagi PKM DUN Manir dan akan terus diperkasakan pada masa akan datang sebagai tanda keprihatinan berterusan kerajaan negeri terhadap ekonomi kecil.

Kejayaan program ini turut didorong oleh kerjasama erat Persatuan Kebajikan Komuniti Manir selaku penganjur bazar yang sentiasa memastikan standard perniagaan dan keselesaan pengunjung berada pada tahap terbaik.

Rata-rata peniaga yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan menyifatkan pemberian apron tersebut bukan sahaja praktikal untuk kegunaan harian, malah menaikkan imej profesionalisme peniaga di bazar tersebut.



Tag :

Artikel Berkaitan