• 21 Mei 2024 | 13 Zulkaedah 1445

20 Wanita Perkasa MPKK Daerah Dungun


Peserta wanita turut melakukan aktiviti.

Seramai 20 wanita memberi komitmen untuk memperkasakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Dungun dalam Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018 di Akademi Bomba Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang, semalam.

Kebanyakan mereka dilantik sebagai bendahari dan setiausaha mewakili kampung masing- masing.

Faridah Mamat.

Seorang peserta, Faridah Mamat, 43, yang merupakan bendahari MPKK Kampung Rantau Panjang menyifatkan kem itu banyak mengajarnya asas dan keperluan dalam pengurusan desa.

"Pengisian yang diberi amat baik. Kita sebagai orang yang dilantik akan menjaga penampilan sebagai mana disarankan dalam berkhidmat kepada masyarakat.

"Sebagai Muslim, kita kena mempamerkan personaliti Muslim itu dengan baik," katanya.

Sahabat beliau yang merupakan setiausaha Kampung Rantau Panjang, Nor Zakirah Mohd Zaid, 28, turut mengakui program yang diadakan membantu beliau mengatasi rasa bimbang.

Nor Zakirah

"Perasaan bimbang warga kampung tidak dapat menerima pandangan dan pimpinan orang muda seperti saya tetap ada. Tetapi, pertolongan pengerusi ahli yang lain akan banyak membantu ketika berkomunikasi dengan penduduk," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Anisahuri Tengku Mahmud, 49, bendahari MPKK Kampung Syukur berkata, penerangan daripada jabatan berkaitan memberi pendedahan berkaita .antuan yang boleh dipohon untuk keperluan penduduk.

Tengku Anisahuri.

Beliau turut berterima kasih kerana program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) itu membuka ruang dan idea untuk memajukan kampung.

Program itu berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini dengan penglibatan 250 peserta.


Tag: