• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

200 Pelajar Marang Terima Zakat Tabung Haji


Seramai 200 pelajar dari keluarga miskin menerima sumbangan zakat berjumlah RM40,000 daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, berkata pihaknya berharap semua penerima bantuan zakat TH itu dapat memanfaatkan bantuan sebaik mungkin untuk membuat persiapan persekolahan sesi 2017 yang akan bermula minggu depan.

"Terima kasih kepada Tabung Haji kerana memilih Marang untuk menerima bantuan zakat ini kepada pelajar yang sangat memerlukan, sekali gus mampu meringankan bebanan keluarga masing-masing.

"Program yang menjadi satu tanggungjawab sosial korporat TH sangat bermakna kepada golongan miskin dan memerlukan pada musim-musim ibu bapa menyiapkan persiapan menjelang sesi persekolahan baru ini,"katanya.

A. Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyampaian zakat berkenaan, di Dewan Sivik Binjai Rendah, Marang.

Turut hadir, Pengarah Tabung Haji Negeri Terengganu, Dato Mohyen Mosman dan pemimpin setempat. 

Katanya, Marang cukup bertuah, kerana hanya parlimen itu satu-satunya terpilih menerima bantuan julung kali itu dari Tabung Haji.


Tag: