• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

200 Penduduk Terima Bantuan Kaca Mata

MARANG, 1 November - Seramai 200 penduduk yang kurang berkemampuan di daerah ini terpilih menerima  Bantuan Kaca Mata yang disumbangkan kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, bantuan itu pastinya meringankan beban terutama bagi golongan warga emas dan mereka yang tidak mempunyai berpendapatan tetap.

Menurutnya lagi, di Rhu Rendang, PKM telah berkerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bagi mengenalpasti mereka yang layak dan memerlukan kaca mata ini.

“Walaubagaimanapun, mereka tetap perlu menjalani proses semakan yang diadakan hari ini oleh pihak JKM.”katanya.

Beliau berkata kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman, baru-baru ini sebaik sahaja selesai program tersebut pada jam 3.00 petang.

“Sesetengah orang melihat keperluan ini agak kecil, tapi tidak bagi sesetengah individu atau mereka yang mengalami kesempitan wang, perkara ini sangat penting bagi mereka.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha mengagihkan bantuan ini, iaitu Kerajaan Negeri Terengganu, ARCA Image Optometrist Sdn. Bhd, MPKK dan pihak JKM,” tambahnya lagi.


Tag: