lightning-solid
Berita :
25 Pelajar DUN Kijal Terima Anugerah Kecemerlangan STPM dan STAM
25 Pelajar DUN Kijal Terima Anugerah Kecemerlangan STPM dan STAM
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
6 jam yang lepas
60

KEMAMAN, 19 Julai – Seramai 25 pelajar menerima Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang berlangsung di Quale Cafe, Bukit Kuang, Kijal, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris berkata, majlis itu sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar yang berjaya mencatat keputusan membanggakan dalam peperiksaan STPM dan STAM, sekali gus menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. 


“Bila sambung belajar nanti, bawalah sekali ilmu tersebut di tempat kerja, tidak kiralah dimana kita berada.

"Jangan kita sesekali lupa asal-usul kita walaupun kita belajar di luar negeri sekalipun," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis anugerah tersebut.
Daripada jumlah itu, seorang pelajar memperoleh Mumtaz, seorang Jayyid Jiddan, enam pelajar mendapat 4 flat dan 17 pelajar menerima dekan.


Tag :

Artikel Berkaitan