lightning-solid
Berita :
2,547 Anak Terengganu Perolehi 9A UPKK
2,547 Anak Terengganu Perolehi 9A UPKK
Adli Mohamad
1 hari yang lepas
45

KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Terengganu melakar kejayaan cemerlang dalam negara apabila seramai 2,547 daripada 22,128 pelajar memperolehi keputusan 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) 2025.

Menurut Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Datuk Hadi Hassan jumlah itu meningkat kira-kira 70 peratus, berbanding 1,488 daripada 20,896 calon pada tahun sebelumnya.

Manakala Gred Purata Negeri (GPN) turut bertambah baik kepada 2.00 berbanding 2.01 pada 2024.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan yang dilakark oleh anak-anak pelajar dari negeri ini.

"Keputusan yang diperoleh hanyalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang panjang. 

"Yang lebih penting ialah ilmu, adab dan disiplin yang dibentuk sepanjang proses pembelajaran," ujarnya dalam satu kenyataan, di media sosialnya, di sini, semalam.

Beliau berharap agar pelajar yang cemerlang akan terus berusaha mengekalkan kecemerlangan dengan rendah diri sementara yang belum berjaya perlu menjadikan keputusan yang diperolehi dalam UPKK itu sebagai titik kebangkitan.

"Kejayaan sebenar terletak pada kesungguhan untuk bangkit dan terus berusaha.

"Sekalung penghargaan juga buat para ibu bapa dan guru yang sentiasa melakukan yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak ini. Tahniah semua,"ujar beliau.


Tag :

Artikel Berkaitan