• 02 Ogos 2021 | 23 Zulhijah 1442

30 DISEMBER 2020 (RABU)

9.30 pagi : YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal EHwal Agama) merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Dana Inspirasi Malaysiaku (Inspirasiku) di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Gong Badak, Kuala Nerus.

10.00 pagi : YB Dato' Haji Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDHEP) mengadakan Tinjauan Pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas (SHMMP KMS) 2020 di Pasaraya Nirwana Maju Sdn Bhd, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

12.00 tengah hari : YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal EHwal Agama) mengadakan Lawatan Ke Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Berua, Kuala Berang anjuran Yayasan Dakwah ISlamiah Malaysia (YADIM) di Surau Al Hidayah, KOA, Sungai Berua, Kuala Berang, Hulu Terengganu

2.30 petang : YB Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri  merasmikan Majlis Anugerah Keluarga Mithali dan Pelancaran Pusat Jualan Produk Ibu Tunggal Terengganu anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu di Kompleks Ibu Tunggal, Chendering, Kuala Terengganu.


Tag: