• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

4 MB Hadir Muktamar PAS Pusat

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUANTAN, 21 Jun - Hubungan pembangkang antara PAS dan UMNO di Terengganu dengan negeri pembangkang lain amat baik selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  berkata, hubungan menteri  besar PAS dan UMNO sangat baik dengan adanya perjumpaan di peringkat pusat sebelum ini.

"Dengan penyertaan menteri besar dalam Muktamar PAS Pusat hari ini menambah erat lagi hubungan sedia terjalin sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Empat menteri besar negeri pembangkang hadir ke Muktamar PAS Pusat  di stadium tersebut termasuk dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perlis.

Mereka itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man.

Penyertaan kepimpinan UMNO dalam muktamar tersebut amat luar biasa jika dibandingkan dengan program PAS sebelum ini.

Sebelum itu satu jawatankuasa pemandu kerjasama kedua-dua belah pihak telah ditubuhkan dan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat untuk mengatur langkah kerjasama antara PAS dan UMNO.


Tag: