lightning-solid
Berita :
505 Penternak Terengganu Terima Bantuan Input Bernilai RM1 Juta
505 Penternak Terengganu Terima Bantuan Input Bernilai RM1 Juta
Zahid Mustafar
26 Nov 25
423

KUALA NERUS, 26 November – Kerajaan Terengganu terus memperkukuh sektor penternakan negeri apabila menyalurkan RM1 juta bagi membantu 505 penternak yang layak di seluruh daerah, melalui penyediaan peralatan lengkap bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan beban kos pengurusan. 

Inisiatif ini menjadi antara langkah strategik kerajaan dalam memastikan industri ternakan kekal mampan serta mampu menyumbang kepada kestabilan bekalan makanan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, agihan itu memberi penekanan kepada penternak yang aktif dan menepati syarat kelayakan jabatan.

"Pelbagai peralatan untuk penternak ruminan dan unggas kita agihkan hari ini.

"Daripada kit penternakan, sprayer, water pump, water jet, brush cutter, fertilizer spreader, alat penimbang digital hingga mesin chopper, semuanya dirangka untuk melengkapkan ekosistem pengurusan ternakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Penyerahan Bantuan Input Penternakan dan Program Peningkatan Populasi Ternakan Ruminan Tahun 2025, di Kampung Banggol Nyior, di sini semalam. 

AMRZ0240.jpg 1.03 MB
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim; Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Azizi Zulkifli; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu, Dr. Anun Man.

Beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan fasa pertama telah selesai melibatkan tiga daerah dengan proses agihan akan disempurnakan sepenuhnya dalam minggu ini.

"Hari ini kita berjaya siapkan agihan di daerah Besut, Setiu dan Kuala Nerus.

"Selebihnya akan kita teruskan dalam tempoh terdekat bagi memastikan semua penerima mendapat peralatan masing-masing," tambahnya.
AMRZ0178 (2).jpg 1.59 MB


Artikel Berkaitan