• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445


Seramai 60 murid dari 12 sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Daerah Setiu menyertai program perkhemahan selama tiga hari bertempat di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Putera Jaya, Setiu yang berakhir Sabtu lalu.
Program itu bertujuan untuk mendedahkan murid istimewa dengan aktiviti luar yang mencabar bagi memupuk semangat kerjasama dan membentuk sahsiah diri di kalangan mereka.
Selain itu ianya juga akan memberi pengalaman baru kepada peserta supaya mereka dapat melalui pengalaman yang sama dengan murid aliran perdana.
Pengerusi Latihan Pengakap Setiu, Shansuddin Ahmad berkata, antara aktiviti yang diadakan ialah kawad, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, 'blind train' dan orienteering.
"Alhamdulillah murid-murid ini dapat melakukan semua aktiviti dengan baik melalui tunjuk ajar urusetia perkhemahan.
"Setiap aktiviti yang diadakan mempunyai tujuan tertentu untuk kepentingan peserta dan diharapkan mereka memperolehi banyak ilmu dan pengalaman baru menyertai program ini," katanya.
Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Penolong Pegawai PPD Setiu (Pengurusan Pembangunan Kemanusia), Mohamad Noor Ahmad mewakili Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu, Kipayatuallah Mohd Said.

Tag: