lightning-solid
Berita :
70 Mangsa Banjir Terima Sumbangan
70 Mangsa Banjir Terima Sumbangan
Abdul Fattah Kamarudin
12 jam yang lepas
53

MARANG, 14 Disember -Seramai 70 mangsa yang terkesan akibat musibah banjir baru-baru ini menerima sumbangan berbentuk keperluan makanan asas dan bantuan wang tunai.

Serahan bantuan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dalam Majlis Sumbangan Kasih : Bantuan Mangsa Banjir di Balairaya Kampung Bukit Kulim, di sini, semalam.

WhatsApp Image 2025-12-14 at 5.41.15 PM (2).jpeg 93.57 KB
Kesemua penerima terdiri daripada lapan buah kampung iaitu Kampung Bukit Gading (5 orang), Kampung Bukit Kulim (15), Padang Terik (35), Temiang (5), Pengkalan Berangan (1), Bukit Jejulong (1), Bukit Kolam (3) dan Kampung Temala (1).

Dalam ucapannya, Sulaiman menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada memandangkan musim monsun masih belum berakhir dan beberapa gelombang hujan dijangka melanda negeri ini.

“Musim monsun masih berterusan dan gelombang hujan seterusnya dijangka akan berlaku. 

WhatsApp Image 2025-12-14 at 5.41.15 PM (1).jpeg 80 KB
“Marilah kita sama-sama berdoa agar banjir yang melanda baru-baru ini merupakan yang paling teruk dan gelombang seterusnya hanya melibatkan hujan biasa tanpa berlakunya banjir besar,” katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan