• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN)

HIMPUNAN Tiga Menteri Besar Pantai Timur di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu menjadi titik penyatuan ummah bagi Terengganu, Kelantan dan Pahang selaras kerjasama PAS-UMNO. Program julung kali diadakan itu menyatukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Dr Ahmad Samsuri berkata, penyatuan mereka dalam himpunan itu untuk membina suatu fahaman baharu dalam masyarakat terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Tag: