• 10 Nov 2024 | 08 Jamadil Awal 1446

Wan Hassan Ajak Rakyat Dungun Bina Malaysia Sejahtera

DUNGUN, 6 November- Calon Pilihan Raya Umum ke 15 Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengajak seluruh rakyat Dungun untuk membina Malaysia Sejahtera yang bersih dan stabil. 

Beliau yang mempertahankan kerusi yang disandang  pada PRU14 lalu dapat dipertahankan Parlimen demi kesejahteraan rakyat dan daerah Dungun.

"Untuk semua rakyat Dungun terima kasih kerana telah memberikan amanah kepada saya dalam dua penggal yang lepas," katanya ketika dihubungi media hari ini 

Menurutnya, beliau dengan penuh berat hati dan rasa bertanggungjawab  menerima taklifan jemaah sebagai calon P039 Parlimen Dungun mewakili Parti Islam Semalaysia (PAS). 

"Saya sedar bahawa taklifan ini satu tugas yang cukup berat kerana setiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Allah.

"Saya berjanji akan menunaikan amanah yang telah diberi dengan baik. Saya akan cuba buat sehabis baik dan bekerja sepenuh daya agar Dungun terus berdaya maju dan berdaya saing," katanya.

 


Tag: