• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Acara Sampingan Hangatkan Kuda Lasak Piala MB



Peserta terbaik kejohanan.
SETIU, 6 Mac - Acara sampingan sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu yang berakhir hari ini menjadi medan pemanas badan sebelum aksi sebenar bermula esok.

Saingan di Pusat Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu itu melibatkan enam kategori sejauh 20 kilmeter selain turut menampilkan beberapa peserta cilik.

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta terbaik disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Zahari Md Azahar, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Mengungguli acara keseluruhan ialah pasukan HKRC apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik, kumpulan terbabit mencatatkan masa empat jam lima minit dan 55 saat sekali gus bergelar juara edisi kali ini.

Kemenangan itu diraih setelah mereka cemerlang dalam dua kategori pertandingan iaitu mencatat johan bagi acara
Mini Endurance Pony menerusi Nurin Kasih Arisya.


Selain turut berjaya memenangi kedudukan satu dan dua dalam pertandingan
Mini Endurance Horse apabila M Aminuddin serta Haikal Danish Darini berjaya menidakkan peserta lain.

Kejayaan itu sekali gus mengenepikan kumpulan Sri Panji Stable yang ketinggalan enam minit di belakang, manakala Mok Ngoh Stable berpuas hati di kedudukan ketiga.

Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu akan membuka tirai petang esok dan Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan merasmikan kejohanan.




Tag: