lightning-solid
Berita :
ADUN Air Putih Sumbang Aset ICT Kepada Balai Polis Chukai
ADUN Air Putih Sumbang Aset ICT Kepada Balai Polis Chukai
Ridhwan Balian
7 jam yang lepas
91

KEMAMAN, 24 Ogos – Keupayaan operasi dan pengurusan Balai Polis Chukai terus diperkukuhkan menerusi sumbangan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menyokong kelancaran pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan.

Sumbangan tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam kepada Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohd Ridhwan Zulkifli.

Menurut Mohd Hafiz, sumbangan itu merupakan tanda sokongan dan penghargaan terhadap komitmen anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan amanah.

Beliau berkata, kemudahan tersebut diharapkan dapat membantu warga Balai Polis Chukai melaksanakan tugasan harian dengan lebih mudah, lancar dan berkesan.

“PDRM memainkan peranan amat penting dalam memastikan keamanan dan ketenteraman masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

“Jasa serta pengorbanan anggota polis dalam melaksanakan amanah amat dihargai, khususnya dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjamin,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota PDRM yang sentiasa komited menjalankan tugas menjaga keamanan serta keselamatan masyarakat.

Katanya, sumbangan tersebut turut menjadi tanda sokongan berterusan kepada pasukan keselamatan, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab di kawasan DUN Air Putih.

Sumbangan itu diharapkan dapat memperkukuh urusan pentadbiran Balai Polis Chukai, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.


Tag :

Artikel Berkaitan