KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, menganjurkan program “Kongsi Rezeki Juadah Berbuka Puasa”, memborong dan mengagihkan juadah kuih-muih secara percuma kepada orang ramai di hadapan Sekolah Kebangsaan Kemasik, petang semalam.
Sebagai usaha menyantuni masyarakat setempat, beliau mengambil inisiatif memborong semua juadah di gerai-gerai berhampiran untuk diagihkan kepada orang ramai yang lalu-lalang.
“Usaha memborong semua jualan ini bukan sekadar untuk berkongsi juadah berbuka, tetapi juga untuk menyokong peniaga kecil supaya mereka dapat pulang awal dan berbuka bersama keluarga tersayang,” jelasnya dalam laman sosial.
Justeru itu, beliau berharap usaha kecil ini mendapat keberkatan dan memberi kegembiraan kepada warga Kemasik yang sedang membuat persiapan berbuka puasa.

Tag :