lightning-solid
Berita :
ADUN Pengkalan Berangan Santuni Mahasiswa UUM
ADUN Pengkalan Berangan Santuni Mahasiswa UUM
Abdul Fattah Kamarudin
10 Nov 25
164

KEDAH, 10 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, berkesempatan bertemu dan berinteraksi dengan mahasiswa Terengganu sempena Program Townhall Mahasiswa Perantau Zon Utara 1 yang berlangsung di Puteri Palmera Glass Hall, Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, baru-baru ini.

Sebagai ayah angkat kepada mahasiswa Terengganu yang menuntut di universiti berkenaan, Sulaiman menyifatkan sesi 'townhall' berkenaan sebagai platform bermakna untuk menelusuri aspirasi, cabaran dan cadangan mahasiswa perantau secara langsung.

IMG_6758.jpeg 207.83 KB
"Ia memberi peluang kepada para pelajar untuk bertemu dengan kepimpinan negeri secara bersemuka yang sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman, membincangkan isu berkaitan kebajikan pelajar di perantauan serta menyuarakan cadangan demi pembangunan pendidikan dan komuniti Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian program tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat.

Sulaiman berkata, beliau amat berbesar hati dapat bertemu dengan anak-anak Terengganu di sini yang bukan sahaja bersemangat malah mempunyai pandangan yang bernas mengenai masa depan negeri dan diri mereka sendiri.


Artikel Berkaitan