Berita :
Ahmad Samsuri Nafi Penglibatan Dalam “Langkah Bangkok”
Ahmad Samsuri Nafi Penglibatan Dalam “Langkah Bangkok”
Rohayati Ripin
12 jam yang lepas
72

KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau terlibat dalam sebarang pertemuan di Bangkok yang dikaitkan dengan isu politik dikenali sebagai “Langkah Bangkok”.

Beliau menegaskan bahawa sebarang pertemuan atau perbincangan yang dirujuk oleh sesetengah pihak itu tidak melibatkan dirinya sama sekali. 

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok, yang dirujuk oleh setengah pihak sebagai 'Langkah Bangkok' seperti yang dilaporkan," jelasnya dalam kenyataannya semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional juga menekankan bahawa namanya tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkara yang tidak berlaku.

"Saya berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan nama saya dengan perkara yang tidak berlaku," ujar beliau.








Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan