• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445
Ustaz Ahmad Shah Muhamed menyembelih lembu korban bersama petugas.
Oleh: Syed Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU - Ibadat qurban sempena Aidiladha selesai disempurnakan dengan sebanyak 4 ekor lembu dikorbankan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, proses pembahagian daging melibatkan sebahagian diagihkan kepada mereka yang layak dan sebahagiannya akan diserahkan kepada penduduk sekitar.

"Syukur program yang dijalankan pada hari ini berjaya seperti yang telah dirancang.

"Saya harap ianya akan menjadi salah satu daripada program tahunan kita untuk masa-masa akan datang," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Korban di Kampung Hiliran, semalam (24 Ogos).

Menurut Ustaz Ahmad Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, apa yang penting daripada ibadat qurban ini ialah kita mahu menyuburkan semangat berkorban dalam kalangan kita.

"Dalam masa yang sama, mereka yang mempunyai kewangan yang mencukupi juga turut serta dapat menjalankan ibadat qurban yang ganjaran pahalanya sangat besar.

"Di samping itu, program seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara semua petugas dan penduduk tempatan.

"Insya-Allah untuk masa akan datang, kita akan melaksanakannya lagi supaya lebih ramai petugas dan penduduk setempat dapat turut serta.

"Mudah-mudahan apa yang kita buat, diterima oleh Allah SWT", jelasnya.

Sambutan yang diberikan amat baik. Petugas-petugas yang turun tidak kurang daripada 40 orang.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Feizal Haladin dan Penghulu Chabang Tiga dan Pulau-Pulau, Mohd Zamari Abu Zain.

Tag: