• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Amaran Jangan Tunduk Kepada LGBT

Foto oleh - Solahuddin Al-Idrus
KUALA TERENGGANU, 16 MAC - Persatuan Isteri Wakil Rakyat & Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') menggesa Kerajaan Persekutuan supaya tidak tunduk dengan tuntutan yang dimohon oleh kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Setiausaha Khairunnisa’, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, ia kerana  pelbagai tuntutan yang dimohon mereka akan menyebabkan berlakunya huru-hara dalam masyarakat.

“Contohnya mereka mohon diadakan tandas yang boleh  bercampur lelaki dan perempuan, permohonan perkahwinan mereka antara lelaki sama lelaki boleh didaftarkan di Pejabat Agama,” jelasnya.

Beliau yang juga isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Tolak LGBT di Batu Buruk, semalam.


Menurutnya, Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan tidak seharusnya mengikut kehendak golongan tersebut kerana apa yang berlaku adalah bertentangan dengan undang-undang yang berlandaskan syariat Islam sama ada di peringkat negara ataupun negeri.

“Insya-Allah mudah-mudahan kita teruskan lagi memberi  kefahaman di peringkat  kawasan, DUN dan kampung supaya gejala ini tidak terus berleluasa lagi.

“Kita perlu berbincang untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara ini dapat dibendung serta tidak membiarkan begitu sahaja LGBT ini,” ujarnya.





Tag: