• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

AUT Pemangkin Semangat Usahawan Terus Berkembang

KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Penganjuran Anugerah Usahawan Terengganu 2022 (AUT2022) menjadi pemangkin semangat untuk golongan berkenaan terus berkembang maju dalam sektor terbabit.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program itu bukan sahaja mengiktiraf pencapaian cemerlang usahawan negeri ini tetapi turut menjadi pendorong kepada rakyat negeri ini untuk turut menceburkan diri dalam bidang keushawanan.

"Tidak dinafikan bahawa cabaran yang dihadapi sepanjang pandemik Covid-19 bukannya mudah, namun usahawan-usahawan yang diraikan pada malam ini telah berjaya membuktikan bahawa adalah sesuatu yang bukan mustahil untuk bangkit semula daripada apa jua cabatan yang mendatang.

"Syabas dan tahniah kepada semua usahawan yang berjaya menerima anugerah pada malam ini, semoga ianya menjadi motivasi kepada usahawan Terengganu yang lain,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2022 (AUT2022) di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, di sini, semalam.

Pada tahun ini, Pengerusi Eksekutif AIMS Global Engineering Sdn. Bhd., Aminudin Mat Yusof telah dipilih sebagai Tokoh Usahawan Terengganu.

Selain itu AUT turut menyediakan beberapa anugerah anugerah lain untuk kategori Ushawan Baru dan Usahawan Muda, Digital, Usahawan Mikro dan Penjaja Kecil, Halal dan Standard Persijilan Halal, Pengukuhan Usahawan dan Usahawan Berprestasi Tinggi, Produk Kraf, Warisan & Pelancongan.

Selain turut menyediakan anugerah kepada Usahawan Muda Pendapatan Melebihi RM10,000 sebulan dan Anugerah Khas Usahawan Mikro Desa yang dipilih dari 33 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk DUN Wanita.

Untuk rekod, AUT merupakan program Dwi Tahunan yang dianjurkan oleh Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) yang dilaksanakan bermula pada tahun 2002 yang merupakan pengiktirafahan dan anugerah daripada kerajaa negeri di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang usahawan Terengganu.