• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Azizulhasni Raih Pingat Perak Olimpik Tokyo 2020

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos- Jaguh berbasikal negara, Dato' Muhammad Azizulhasni Awang berjaya menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam temasya Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi.

Dalam acara akhir keirin lelaki akhir yang berlangsung tadi, The Pocket Rocketman memulakan perlumbaan di posisi ke lima sebelum memintas juara dunia 2019 dari Belanda Harrie Lavreysen untuk tempat kedua.

Hasrat jaguh kelahiran Dungun itu untuk meraih pingat emas terhalang oleh taktiK pemenang pingat emas di Rio 2016 yang berasal dari Great Britain, Jason Kenny yang terus memecut menggunakan teknik 'senko' dari 750 meter terakhir meninggalkan pesaing lain untuk memenangi perlumbaan tersebut.

Azizul ketika ditemui media selepas perlumbaan berkata, beliau sedikit kecewa gagal meraih emas buat Malaysia.

"Saya tahu harapan kepada saya untuk meraih emas cukup besar dari rakyat Malaysia.

"Saya tinggalkan keluarga untuk meraih yang terbaik untuk anda semua, saya harap saya kecewakan semua.

"Saya minta maaf," jelasnya.


Tag: