• 11 Mei 2024 | 3 Zulkaedah 1445

BAJET 2022 : Terengganu Tawar Khidmat Rawatan Kesihatan Mental Percuma

KUALA TERENGGANU, 15 November - Cakna dengan peningkatan masalah kesihatan mental yang semakin melarat sehingga membawa kepada insiden bunuh diri terutamanya akibat kemurungan dan tekanan perasaan, kerajaan negeri mengumumkan untuk menyediakan khidmat perundingan serta rawatan kesihatan mental secara percuma bagi rakyat Terengganu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, khidmat tersebut akan disediakan di hospital di bawah anak syarikat kerajaan negeri dan pusat kaunseling swasta yang terpilih.

"Di samping itu, kempen kesedaran kesihatan mental juga akan dipergiatkan bagi menyemarakkan keprihatinan dan pengetahuan rakyat tentang penyakit mental," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika membentangkan Belanjawan 2022 Terengganu Darul Iman di Wisma Darul Iman, hari ini.

 

 


Tag: