• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Bazar Warisan Dimajukan Semula Syarikat Dari China


Bazar Warisan yang terletak berhampiran Pasar Payang akan dibangunkan semula menjadi restoran Cina Muslim oleh sebuah syarikat swasta dari China, Amber Resources Sdn Bhd.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri menyerahkan Bazar Warisan kepada syarikat itu secara pajakan.
"Selain restoran halal Cina Muslim, syarikat itu juga akan mewujudkan gerai makanan antarabangsa dan hotel bajet.
"Kita telah pun menandatangani kontrak untuk menyerahkan Bazar Warisan secara pajakan selama 20 tahun dengan tambahan lagi lima tahun (berdasarkan prestasi syarikat) kepada Amber Resources Sdn Bhd,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Paya Bunga Sentral dan paya Bunga Square, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Samiun salleh.
Katanya, kos pengubahsuaian Bazar Warisan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut.
"Mereka akan membuat pengubahsuaian di Bazar Warisan dan kos itu ditanggung mereka sepenuhnya, apabila siap kelak, Kuala Terengganu adalah cawangan kedua restoran itu yang terletak luar dari China selepas cawangan pertama di Kuala Lumpur, " katanya.

Tag: