• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Beladau Kolam Juara Futsal Piala ADUN Manir

Pasukan Beladau Kolam muncul juara pada Kejohanan Futsal Piala Adun Manir Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir 2020 



Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU, 23 Februari - Pasukan Beladau Kolam muncul juara pada Kejohanan Futsal Piala Adun Manir Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir 2020 anjuran Kelab Kebajikan Pemuda Sejahtera Manir di Gelanggang MJ Futsal Teluk Pasu di sini kelmarin.

Dengan merangkul kejuaraan pada kali ini, mereka  membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala iringan dan medal manakala KUDQI yang berada pada kedudukan kedua menerima wang tunai RM500 dan pingat.

Sementara itu, tempat ketiga pasukan Alam Reba menerima wang tunai RM 300 dan tempat keempat pasukan Banggol menerima wang tunai RM100.Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini.



Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Dato' Harun.

Hilmi berkata,  aktiviti yang diadakan itu secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pemain dan penyokong untuk menghargai kesihatan disamping mewujudkan semangat kerjasama di antara mereka.

Tambahnya lagi, beliau berbangga dengan komitmen penganjur, pemain dan pengunjung yang sentiasa menyokong aktiviti riadah seperti itu dalam melahirkan masyarakat yang aktif dan sihat.



Tag: