• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Bersatu Bangsa Capai Matlamat

Ahmad Amzad (tiga dari kiri) beramah mesra dengan peserta yang hadir.
Oleh: Syed Mohamad Kamal Rizuan 

KUALA TERENGGANU - Rakyat harus bersatu tidak mengira bangsa mahupun agama untuk mencapai matlamat Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menegaskan bahawa elemen yang berkait dengan kesedaran moral termasuk kebersihan dan disiplin diri perlu diutamakan bagi mencapai matlamat demi kepentingan bersama.

Katanya, usaha dalam membangunkan negeri sepatutnya menjadi usaha yang kolektif iaitu secara bersama.

"Bukan orang Melayu sahaja, bahkan bukan juga tugas orang Cina dan India sahaja," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama YB sempena Program Mencegah Wabak Denggi di Perkarangan Pasar Kampung Tiong, semalam (9 September).

"Justeru, ianya memerlukan penyatuan dan kesepaduan dalam kalangan kita," tambahnya.

Beliau sempat melawat dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga yang berniaga di pasar tersebut.

Program yang bermula jam 8:30 hingga 11.30 pagi itu bertujuan untuk menimbulkan rasa prihatin masyarakat tentang kebersihan.

Seramai kira-kira 60 orang awam hadir memeriahkan majlis tersebut.


Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tiong, Jefry Chua dan pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu.


Tag: