KUALA NERUS, 20 Oktober - Kontinjen Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Terengganu meraih dua pingat emas menerusi acara bola jaring dan golf pada hari ketiga penganjuran Sukan Empat Negeri 2026, hari ini.
Pingat emas acara bola jaring diraih selepas Terengganu menewaskan Johor 12-10 dalam perlawanan terakhir, sekali gus melengkapkan kempen dengan cemerlang.

Dalam aksi menentang Johor, Terengganu bangkit menguasai permainan selepas kedua-dua pasukan terikat 5-5 sebelum membuka jurang kepada 11-6.

Dalam masa sama, Terengganu juga berjaya melangkah ke final bagi acara sepak takraw yang dijadualkan untuk berlangsung pada malam ini.
