lightning-solid
Berita :
Bola Jaring Satukan Wanita, Cungkil Bakat Atlet Dungun
Bola Jaring Satukan Wanita, Cungkil Bakat Atlet Dungun
Noraini Jusoh
1 jam yang lepas
28

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 15 Julai – Pertandingan bola jaring bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform menyatukan wanita disamping mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi mengharumkan nama negara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu , Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, sukan bukan sahaja melahirkan juara di gelanggang, malah membina perpaduan, semangat berpasukan dan keyakinan diri selain menjadi wadah mencungkil bakat baharu demi masa depan sukan yang lebih gemilang.

"Kita semua mahu menang, tetapi sekiranya belum berjaya menjadi juara, ukhuwah yang terbina itulah kemenangan yang sebenar. 

"Semangat berpasukan, saling membantu dan bekerjasama adalah kekuatan yang perlu dipupuk dalam setiap pasukan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian ketika merasmikan Program Alamanda Bola Jaring Piala Isteri ADUN Rantau Abang 2026 yang diadakan di sini, baru -baru ini.

Sebanyak enam pasukan dari DUN Rantau Abang telah menyertai program yang telah menobatkan pasukan Bunga NC sebagai juara.

Beliau turut menyuarakan harapan agar lebih ramai atlet berbakat dari Dungun dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. 

"Saya percaya daerah Dungun memiliki potensi besar untuk melahirkan atlet cemerlang yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara, sekali gus meneruskan legasi atlet-atlet berjaya yang berasal dari daerah ini, " katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan