Berita :
CEO Terengganu FC Letak Jawatan
CEO Terengganu FC Letak Jawatan
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
60

KUALA TERENGGANU, 8 April - Terengganu FC membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai telah meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kira-kira sejam lalu, Terengganu FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta dedikasi beliau sepanjang tempoh perkhidmatan bersama kelab brerkenaan.

"Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan serta menyumbang kepada pembangunan Terengganu FC secara keseluruhan, sama ada di dalam mahupun di luar padang. 

"Segala usaha dan sumbangan beliau amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga kelab serta para penyokong.

"Pihak kelab mendoakan agar beliau terus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Semoga segala pengalaman yang diperoleh bersama Terengganu FC menjadi bekalan berharga untuk perjalanan seterusnya," jelas kenyataan tersebut.

Sheikh Farouk dilantik sebagai CEO Terengganu FC pada 16 Ogos tahun lalu, menyaksikan beliau henya mengemudi gergasi pantai timur itu tidak sampai semusim dengan jangka masa perkhidmatan kira-kira lapan bulan.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan