• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Dato’ Mohamat Muda Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad

TDM Berhad baru-baru ini mengumumkan pelantikan Dato' Mohamat Muda, 61, sebagai Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad berkuatkuasa 5 Januari 2017.

Pengerusi TDM Berhad, Leftenan Jeneral Tan Sri Dato' Wan Abu Bakar Wan Omar berkata, Lembaga Pengarah dan Kumpulan TDM yakin Mohamat adalah pilihan yang tepat untuk mengisi kekosongan kepimpinan Pengurusan TDM sekali gus membawa TDM ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mohamat di atas pelantikan ini. Beliau sememangnya tidak asing lagi dalam industri korporat dan pertanian dengan mempunyai pengalaman yang luas lebih dari 37 tahun dalam industri ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Abu Bakar, Mohamat memulakan kerjaya di RISDA dengan memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran, Pengurus Besar RISDA Plantation Sdn. Bhd dan juga sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA Malaysia.

“Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA Malaysia sehingga persaraan beliau pada bulan Jun 2016. Kini, Mohamat juga adalah ahli Lembaga Pengarah RISDA Plantation Sdn. Bhd,” ujarnya.



Tag: