• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Dr Azman Pamer Aksi Iras ‘Messi’

SETIU, 22 September - Dr Azman Ibrahim memperagakan aksi mengelecek iras Messi dalam perlawanan futsal bersama komuniti dan belia semalam.

Menggunakan kaki kiri ketika membawa bola menampakkan persamaan antara beliau dengan pemenang terbanyak anugerah Ballon d'Or dari Argentina itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, perlawanan santai futsal itu bukan sahaja bertujuan mengeluarkan peluh semata-mata tetapi untuk merapatkan jurang antara pemimpin dengan masyarakat.

"Siang hari biasanya mereka bekerja. Jadi, kita cuba memanfaatkan ruang masa yang ada untuk dekati mereka tanpa rasa ada ‘gap’ sesama manusia.

‘’ Sambil layan anak muda malam ni, kita uji kaji sikit. Alhamdulillah, beres lagi dan masih belum berkarat sangat. Asah bakat sikit, tinggikan stamina boleh masuk ‘tournament’ lagi nanti," katanya selepas  perlawanan futsal di gelanggang futsal Felda Selasih.

Turut bersama Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Sudin Awang, Ketua Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jabi, Muhammad Zulkifli dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Selasih, Mazlan.