• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

DUN Buluh Gading Juara Konvoi Ambang Merdeka

KUALA NERUS, 29 Ogos- Pasukan bermotosikal dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading dinobatkan sebagai konvoi terbaik dalam program Konvoi Ambang Merdeka bersama Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali, hari ini.

Konvoi yang berakhir di Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) disertai kira-kira 200 penunggang daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerus iaitu DUN Buluh Gading, Seberang Takir, Tepoh dan Bukit Tunggal.

Seawal jam tiga petang, konvoi motosikal tersebut diketuai Dr. Khairuddin sendiri selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus melalui DUN-DUN di kawasannya dengan mngibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat sekitar.

Turut serta menunggang motosikal ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ariffin Abdullah.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Malaysia Terengganu, Jabatan Kerja Raya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan.

 

   


Tag: