• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

DUN Terengganu Lulus Usul Tuntut Kemerdekaan Palestin

KUALA TERENGGANU, 28 November - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan usul menuntut penyelesaian Palestin sebagai negara yang bebas dan merdeka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhhamad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, 'two state solution' bukan jalan terbaik kerana ia merupakan bumi umat Islam bukannya milik penjajah Zionis Israel.

Beliau berpandangan bahawa isu berkenaan perlu disegerakan kerana ia melibatkan pencabulan hak asasi manusia yang melibatkan kepentingan ramai.

"Oleh kerana itu dewan hendaklah membuat suatu ketetapan yang jelas bahawa isu palestin yang berlaku sekarang, rejim Zionis Israel adalah penjajah yang telah menghalau penduduk Palestin dalam peristiwa Nakbah 1948 dan telah membina penetapan (haram) di atas tanah milik umat islam.

"Kita juga dengan ini mengiktiraf Hamas dan seluruh pejuang di Gaza sebagai perjuang kemerdekaan yang telah bertindak mengikut apa yang telah dinyatakan dalam Reslousi 242 Majlis keselamatan PBB yang menyebut bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah.

"Sebagaimana negara barat tidak mengiktiraf apa yang berlaku di ukraine, sikap itulah sepatutnya dibuat kepada sebuah negara yang namanya Palestin," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membawa usul tergempar itu pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 (Bajet), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan di dalam masa beberapa hari akibat tekanan berterusan di peringkat antarabanga namun penyelesaian sementara itu tidak berupaya untuk menghentikan keganasan Zionis Israel.

"Saya menyeru keprihatinan seluruh ADUN untuk kita sama-sama mengecam kekejaman di bumi Gaza ini sejak permulaan Oktober 2023 rejim Zionis telah melakukan kekejaman yang tidak boleh diterima oleh fitrah kemanusiaan.

 "Apabila dibom secara rambang orang-orang awam di kawasan perumahan awam, masjid, sekolah serta hospital.Bukan sahaja orang awam bahkan petugas-petugas kesihatan dan para wartawan yang sepatutnya dilindungi dalam situasi perang yang telah diserang dan dibunuh.

"Telah mengakibatkan para syuhada terbunuh melebihi 14,000 orang manakala hampir setengah juta kehilangan tempat tinggal angkara kekejam dan kezaliman ini, sangat memilukan apabila 60 peratus mangsa pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai ini adalah daripada kalangan wanita dan lebih 6,000 kanak-kanak mati terbunuh," ujarnya.

Ujarnya lagi, tindakan tersebut merupakan 'genocide' terhadap rakyat Palestin yang merupakan kezaliman melampau.

"Secara jelas telah melanggar undang-undang antarabangsa dan sepatutnya kepimpinan zionis Benjamin Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa," tegasnya.