lightning-solid
Berita :
Ekosistem Motosikal EV Bakal Ubah Dimensi Permotoran Terengganu
Ekosistem Motosikal EV Bakal Ubah Dimensi Permotoran Terengganu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
11 jam yang lepas
35

KUALA TERENGGANU, 17 Januari - Ekosistem kenderaan elektrik (EV) yang semakin pesat membangun di seluruh dunia  memperlihatkan potensi baharu motosikal EV di Pantai Timur, khususnya Terengganu. 

Perkembangan penggunaan EV yang selari aspirasi ke arah pengangkutan mesra alam, cekap tenaga dan lestari bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, bahkan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan teknologi hijau dalam sektor pengangkutan.

Pemilik BLX EV Station, Khairil Anwar Aman berkata, walaupun pengguna motosikal EV masih belum meluas di negeri itu berbanding di kawasan Pantai Barat, ekosistem perlu diwujudkan bagi memperkasa pembangunan ekosistem kenderaan elektrik dua roda, sebagaimana sistem sokongan yang diterima oleh kereta EV.

IMG_20260117_172426_229.jpg 861.27 KB
"Dari sudut penjualan motosikal EV di Malaysia agak meningkat, tetapi di Terengganu kurang.

"Kami buat tinjauan kurangnya penjualan kerana tida tempat untuk selenggara, jadi dengan kemahiran yang sedikit ini, kita buat keputusan buka kedai untuk selenggara dan 'upgrade'," katanya.

Jelasnya, hasrat itu diperkukuh dengan pembukaan BLX EV Station, di sini baru-baru ini.
IMG_20260117_172443_098.jpg 1.68 MB
Lebih menarik, pembukaan itu dirasmikan Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu, YAM Briged Jeneral Dato' Seri Tengku Baharuddin.

Menurut Khairil Anwar, kewujudan pusat sehenti yang menawarkan bekalan aksesori, khidmat penyelenggaraan dan pembaikan itu membuka dimensi baharu motosikal EV di Terengganu.

"Kita punya misi adalah mengadakan satu platform untuk komuniti motosikal EV di Terengganu.

"Bagi saya, benda ini (EV) akan berterusan. Kita ambil contoh negara maju seperti China, semua pakai EV, cuma akses mereka kepada barang-barang untuk EV mudah di sana dan kita hendak wujudkan benda itu," jelasnya.

IMG_20260117_172435_820.jpg 1.01 MB


Tag :

Artikel Berkaitan