Isu Banjir Di Perkampungan Darul Barakah Dapat Perhatian Kerajaan Negeri
Festival Cabaran Monsun Perahu Panjang Tanjung Sabtu 2024 Terengganu Darul Iman
FESTIVAL CABARAN MONSUN PERAHU PANJANG TANJUNG SABTU 2024 TERENGGANU DARUL IMAN
Lokasi :
Jeti Sungai, Kg. Tanjung Sabtu, Manir,
Kuala Terengganu
Tarikh : 6 & 7 Disember 2024 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 08.00 pagi - 05.00 petang
Kategori Pelumbaan :
- Kategori A (Agensi/PBT) dan
- Kategori B (Jemputan)
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi nombor
telefon yang tertera di poster.
Dahulunya, perahu panjang merupakan pengangkutan utama yang digunakan oleh masyarakat Melayu di pesisir sungai. Setelah seharian penat bekerja, perahu panjang yang asalnya hanya digunakan sebagai aktiviti beriadah, telah dijadikan satu acara sukan bagi pertandingan pelumbaan antara kampung. Aktiviti yang telah lama terhenti ini diusahakan semula bagi menghidupkan kembali warisan nenek moyang supaya tidak lapuk ditelan zaman; disamping itu dapat diperkenal dan dipromosikan kepada masyarakat serta pelancong luar; supaya Tradisi budaya seni dan warisan Negeri Terengganu tetap Diwarisi oleh anak-anak muda dan masyarakat hari ini.
Maghi lah kiter pakak gi tengok..
Tapi gok kene ingat lah, hok mane bowok anok-anok tu, musim monsun doh, hujang sokmo lening
Experience Enchanting Explorations in Terengganu
Everything is in Terengganu
Tranung Dok Rilek
Let's Visit Beautiful Terengganu, Stay Safe
Pejabat Daerah & Tanah Kuala Terengganu
#festivalcabaranmonsun #perahupanjang #tanjungsabtu #manir #kualaterengganu
#pejabatdaerahkualaterengganu #pdkt
#pencintasungainerus #penerus #jpkktanjungsabtu
#visitbeaitifulterengganustaysafe
#cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia