lightning-solid
Berita :
Giant Salur Bantuan Mangsa Banjir Terengganu
Giant Salur Bantuan Mangsa Banjir Terengganu
Zahid Mustafar
03 Dec 25
261

KUALA TERENGGANU, 3 Disember – Giant Malaysia menyalurkan bantuan berupa bekalan air minuman bersih dan makanan kering kepada mangsa banjir di Terengganu sebagai usaha membantu meringankan keperluan asas keluarga terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, berkata pemberian tersebut dihargai kerana membantu memenuhi keperluan mendesak mangsa banjir di beberapa kawasan.

"Ini satu sumbangan yang sangat dihargai dan sangat bermakna kepada mangsa banjir.

"Sumbangan ini merupakan satu 'turning point' untuk proses kerjasama antara Giant dan kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban mangsa banjir," katanya kepada pemberita selepas Program Jom Sedekah Bantuan Banjir, di Giant Kuala Terengganu semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, Azahari Mohamed Noh; Pengurus Besar Giant Hypermarket Kuala Terengganu, Izri Shahril Ishak; Ketua Unit Inter-Agensi, AMLA dan Harta Intelek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Terengganu, Yusrizal Mohd Salleh.

SAI_2496 .jpg 388.86 KB
Beliau turut menyatakan bahawa hubungan strategik antara kerajaan negeri dan Giant Malaysia telah terjalin sejak beberapa tahun lalu melalui pelbagai inisiatif kebajikan.

"Pada hari ini, kita bersama Giant untuk menerima sumbangan barangan kepada mangsa-mangsa banjir khususnya di negeri Terengganu.

"Terima kasih kepada Giant yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak berkolaborasi dengan Portfolio Kebajikan termasuk program bakul sedekah pada musim perayaan sebelum ini," kata beliau.

Maliaman berkata kerajaan negeri menghargai komitmen syarikat itu yang sentiasa menyalurkan manfaat kembali kepada masyarakat.

"Kerajaan negeri sangat berbesar hati dan menghargai keprihatinan Giant Malaysia yang bertapak di negeri ini serta sentiasa mendapat sokongan masyarakat.

"Keuntungan yang diperoleh akhirnya dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk bantuan dan inisiatif kebajikan," ujarnya.

Beliau berkata, bantuan yang disalurkan merangkumi daripada 14 palet air mineral, dengan setiap palet mengandungi 3,000 botol, selain makanan kering untuk kegunaan segera keluarga terjejas.

"Pihak Giant Hypermarket menyumbang air mineral untuk minuman, dan juga biskut.

"Sumbangan 14 palet air serta 120 kotak biskut ini amat membantu mangsa banjir di Terengganu," jelasnya.
SAI_2639 .jpg 566.04 KB
Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, Azahari Mohamed Noh, berkata pihaknya melaksanakan penghantaran segera bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secepat mungkin kepada kawasan terjejas.

"Sebagai tindak balas kepada banjir buruk yang melanda Pantai Timur Malaysia baru-baru ini, Giant Malaysia telah mengambil tindakan segera untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas.

"Melalui inisiatif Bantuan Makanan Banjir, kami menghantar sebuah lori 20 kaki penuh membawa air mineral dan biskut untuk keluarga yang menghadapi keperluan mendesak," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerjasama bersama kerajaan negeri membantu memastikan penyampaian bantuan dilaksanakan secara teratur dan memfokuskan kawasan yang paling memerlukan.

"Usaha bantuan ini dijalankan dengan kerjasama rapat Exco Kebajikan Terengganu.

"Inisiatif ini menekankan komitmen Giant Malaysia terhadap kebajikan rakyat Malaysia semasa krisis," tambah beliau.

Azahari turut memaklumkan bahawa pihaknya kekal bersedia menyalurkan sokongan tambahan bergantung kepada perkembangan situasi banjir.

"Giant Malaysia terus memerhati keadaan dengan teliti dan bersedia untuk memberikan sokongan tambahan di mana perlu.

"Melalui inisiatif ini, Giant Malaysia mempamerkan kepimpinan, sifat belas kasihan dan pendekatan proaktif terhadap bantuan bencana," ujarnya.


Artikel Berkaitan