• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

GPMS Cadang Terengganu Youth City

Dato' Mohd Zubir Embong bersama para perwakilan pada Persidangan DUN Muda GPMS.

Usul yang dibawa oleh Sharifah Nor Saidatul Husna Syed Anuar, wakil Kuala Berang dalam mewujudkan Terengganu Youth City (TYC) pada Persidangan DUN Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu 2018 mendapat persetujuan majoriti.

TYC bertujuan membawa pembangunan generasi muda Terengganu selari dengan hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menerapkan lima elemen penting.

Menurutnya, pertama adalah mensasarkan peningkatan 50 peratus tenaga kerja tempatan di negeri Terengganu menjelang 2025 dan kedua mengukuhkan jati diri dan kerja-kerja sukaralewan terutama dalam kalangan belia berumur 18 tahun ke atas.


"Menjadi kuasa ekonomi digital Pantai Timur menjelang 2023 serta mewujudkan bank data belia menjelang 2020 juga antara elemen yang perlu diberi penekanan untuk menjayakan TYC.

"Terakhir, melahirkan New Talent Management Terengganu sekurang-kurangnya 1,000 orang setiap tahun bermula 2019 juga merupakan elemen bagi merealisasikan TYC,"katanya.

Turut hadir Pengerusi GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Amirullah Othman dan Presiden Alumni GMPS, Syed Anuar Syed Mohamad.

Menurut Tengku Haphiz berkata, usul tersebut telah mendapat undian terbanyak dan akan memulakan kerja awal dalam mewujudkan pusat tersebut dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT).


Katanya, persidangan pada tahun ini berbeza berbanding tahun lalu yang mengusulkan tentang pembangunan ekonomi belia manakala untuk 2018, pihak GMPS ingin mewujudkan pusat bersifat fizikal.

"Pusat bersifat fizikal ini adalah agar kita dapat membantu belia Terengganu dalam sebarang bidang yang mereka minati.

"Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan peratus kes jenayah yang melibatkan para belia," katanya dalam satu kenyataan kepada media,"katanya.


Sementara itu, Ahmad Zakuan Zakaria (pelajar UPM) dipilih sebagai pembahas terbaik persidangan kali ini.


Tag: