• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

Graduan INSTEP Perlu Bersaing

A Latif ketika menyampaikan sijil graduasi kepada penuntut  pada Majlis Konvokesyen Instep Ke 18, di INSTEP
Graduan Institusi Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) perlu bijak mencari peluang sebaik  menamatkan pengajian supaya ilmu dan kepandaian yang di  miliki dapat dimanafaatkan sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A.Latif Awang berkata bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar setiap graduan juga perlu berani dan cekal.

"Yang penting, saya mengharapkan semua graduan dalam Instep ini kena bijak kena berani dan cekal supaya mereka tahu bagaimana mahu menjana diri mereka.

"Dengan kebolehan dan kepandaian yang ada mereka hendaklah bergantung kepada diri sendiri dan membuat tindakan yang bijak, Insya Allah mereka akan mendapat tempat di pasaran tempatan dan  di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Instep Ke 18, di INSTEP, Batu Rakit, Setiu, semalam.

Dalam ucapannya, A.Latif mahu Petronas bersama-sama kerajaan Terengganu menjayakan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Seramai 1,081 penuntut Instep menerima Diploma dalam pelbagai bidang dan 161  penuntut daripadanya berasal dari Terengganu.

Tag: