Oleh ; Nor Amira Amijuddin
BESUT, 27 Mei – Sambutan Penghayatan Hari Arafah Peringkat Daerah Besut 1447 Hijrah/2026 Masihi menjadi medan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai erti pengorbanan dan kepentingan memperkukuh perpaduan ummah.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri berkata, keputusan Kerajaan Negeri menjadikan Hari Arafah sebagai cuti kelepasan am sejak tahun 2020 memberi ruang kepada rakyat untuk mengimarahkan ibadah dan mendalami penghayatan Aidiladha.
Katanya, pengorbanan yang dituntut dalam Islam bukan hanya tertumpu kepada keluarga dan diri sendiri, malah melibatkan tanggungjawab mempertahankan perpaduan masyarakat demi kesejahteraan bersama.
“Untuk melangkah lebih jauh, kita perlu sanggup berkorban jiwa dan raga demi memastikan perpaduan ummah terus terpelihara,” jelasnya ketika merasmikan program tersebut, semalam.

Sementara itu, Pegawai Daerah Besut, Ahmad Rizal Mamat, menzahirkan penghargaan kepada masyarakat setempat yang hadir memeriahkan program walaupun sibuk membuat persiapan menjelang Aidiladha.
Katanya, sambutan tersebut membuktikan masyarakat masih mengekalkan semangat kebersamaan dalam menghidupkan syiar Islam di peringkat komuniti.
Majlis turut diserikan dengan tazkirah khas oleh Ustaz
Jamaluddin Hassan yang mengupas kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s. sebagai contoh ketaatan dan tawakal kepada Allah SWT.
Beliau turut mengingatkan hadirin mengenai kelebihan berpuasa pada Hari Arafah serta mengajak umat Islam memperbanyakkan doa khususnya buat ibu bapa yang banyak berkorban membesarkan anak-anak.

penghulu-penghulu mukim daerah Besut.
Tag :