• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Hasrat Rakyat Untuk Belanjawan Terengganu 2021

Belanjawan Terengganu 2021 yang bakal dibentangkan pada 23 November 2020 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, yang dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat.

Belanjawan ini diharap dapat memenuhi hak dan juga memastikan kepentingan rakyat terbela, selain dapat memacukan ekonomi Negeri Terengganu ke arah yang lebih berdaya saing sejajar dengan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mendengar suara dan hasrat rakyat untuk pembentangan Belanjawan 2021 kali ini.