lightning-solid
Berita :
Hujan Bukan Halangan, 500 Peserta Jelutong Hike Community
Hujan Bukan Halangan, 500 Peserta Jelutong Hike Community
Wan Mohammad Omar Ajmain
1 hari yang lepas
94

​HULU TERENGGANU, 18 FEBRUARI – Meskipun cuaca mendung dan hujan menyelubungi sejak awal pagi, ia tidak menghalang kehadiran luar jangka seramai 500 peserta bagi menjayakan program Jelutong Hike Community bagi pendakian di Bukit Jelutong, Kampung Kepah, semalam 

​Program santai yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu menyaksikan para peserta menunjukkan semangat kental melengkapkan pendakian sejauh 1.5 kilometer (KM) dari kaki bukit sehingga ke puncak.

​Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata,kejayaan program itu menjadi sandaran untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti dan kerjasama pada masa akan datang bagi memperkasa komuniti di kawasan DUN Telemong. 

IMG_6696.jpeg 449.02 KB
​"Saya sangat berterima kasih dengan kehadiran yang luar jangka ini. Walaupun cuaca kurang menyebelahi kita dengan hujan dan mendung, ramai yang tetap datang menjayakan program. Ini menunjukkan semangat perpaduan kita sangat kuat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut turut merakamkan penghargaan atas komitmen padu yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat. 

​Menambah nilai kerohanian dalam aktiviti sukan tersebut, satu pengisian tazkirah ringkas turut disampaikan di puncak bukit oleh Pegawai Khas ADUN Telemong, Mohamad Yusuf Abdullah.

​Dalam perkongsiannya, beliau menyentuh mengenai keberkatan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi dengan menyeru para peserta agar mempertingkatkan amal ibadah sebagai persediaan batiniah. 

IMG_6694.jpeg 936.88 KB
​"Kita harapkan kecergasan fizikal yang kita bina hari ini dapat diterjemahkan kepada kekuatan untuk kita melipatgandakan ibadah apabila tiba bulan puasa nanti," katanya.
 
​Aktiviti yang menggabungkan elemen riadah dan pengisian jiwa itu berakhir dengan jayanya, sekali gus membuktikan Bukit Jelutong, Kampung Kepah mempunyai potensi besar sebagai lokasi aktiviti luar yang mampu menyatukan penduduk.


Tag :

Artikel Berkaitan