• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Hulu Terengganu Daerah Perintis Lawatan Kerja Sehari SUK




Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail turun padang menemui pegawai dan penjawat awam di setiap daerah dan menjadikan Hulu Terengganu selaku daerah perintis sempena lawatan kerja sehari, bermula semalam.

Dalam lawatan itu, beliau diberikan taklimat ringkas berkaitan pembangunan daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah, Azmi Razik, di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu.

Taklimat merangkumi pembangunan prasarana Kompleks Sukan Hulu Terengganu, penyusunan semula Bandar Baru Ajil, Pusat Pentadbiran Baru Daerah Hulu Terengganu serta projek Politeknik Hulu Terengganu.

Pada lawatan itu juga, Wan Nawawi sempat beramah-mesra dengan kakitangan jabatan itu, sekali gus menjadi platform untuk beliau merapatkan hubungan serta mendengar permasalahan dan juga pandangan daripada pegawai serta kakitangan kerajaan negeri.

Tag: