lightning-solid
Berita :
Hulu Terengganu Hayati Ibrah Israk Mikraj, Kukuhkan Iman Dan Takwa
Hulu Terengganu Hayati Ibrah Israk Mikraj, Kukuhkan Iman Dan Takwa
Wan Mohammad Omar Ajmain
1 hari yang lepas
91

HULU TERENGGANU, 16 Januari – Masyarakat Islam di daerah ini diseru agar menjadikan peristiwa agung Israk Mikraj sebagai wasilah untuk memperkukuh keimanan serta membentuk sahsiah diri yang berakhlak mulia.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Maliaman Kassim berkata, penghayatan terhadap mukjizat besar itu bukan sekadar memperingati sejarah, malah merupakan dorongan untuk umat Islam memperbaiki kualiti ibadah dan kehidupan seharian.

“Semoga penghayatan peristiwa agung ini dapat memperkukuh keimanan serta membentuk masyarakat yang berakhlak dan bertakwa.

“Selain itu, diharapkan ia terus menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW sekaligus mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT,” ujarnya,

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bulan Penghayatan Israk Mikraj Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 1447H/2026M di Masjid Sultan Mahmud, di sini, semalam.

WhatsApp Image 2026-01-16 at 08.22.42_9a94163a.jpg 169.01 KB

Program yang berlangsung selepas waktu Maghrib itu turut dihadiri oleh penduduk setempat bagi mengikuti pengisian rohani bertemakan "Solat: Ringan Di Lidah, Berat Di Timbangan".

Majlis tersebut dimantapkan lagi dengan ceramah khas daripada pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Aimman Ghazali yang mengupas hikmah di sebalik perjalanan Rasulullah SAW dalam menerima kefarduan solat.
WhatsApp Image 2026-01-16 at 08.22.42_cef1a848.jpg 165.65 KB

Menurut Maliaman, pengisian majlis ilmu seumpama itu sangat penting dalam mendidik komuniti supaya sentiasa istiqamah dalam meningkatkan ketakwaan. 

“Melalui program seperti ini, masyarakat dapat memahami hikmah di sebalik peristiwa agung tersebut, sekaligus membentuk masyarakat berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan,” jelas beliau.

Beliau turut berharap agar program kerohanian tersebut memberi impak positif kepada masyarakat di Hulu Terengganu untuk terus memartabatkan syiar Islam melalui pengamalan sunnah dan ketaatan kepada perintah agama.



Artikel Berkaitan