• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

BERA , 24 September - 'Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul', itulah perumpaan yang sesuai digambarkan bagi mengambarkan kesusahan seorang ibu tunggal dalam menyara dan membesarkan dua anaknya.

Norsabariha Md Sidek, 37, yang berasal dari Kampung Durian Guling, Marang dan menetap di Bera, Pahang menghadapi krisis ekonomi sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, keadaan bertambah rumit apabila anaknya, Puteri Nur Qisha, 8, sedang menghidap penyakit tonsil dan memerlukan rawatan susulan setelah selesai pembedahan beberapa minggu lalu.

"Bagaimanapun, kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan rombongan untuk melihat keadaan kami sekeluarga sangat dihargai.

"Terima kasih juga kepada semua atas sumbangan yang diberikan," kata Norsabariha kepada pemberita semasa aktiviti ziarah Sulaiman baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Perantau Pahang Terengganu Dr Hasbullah dan SU MTD Pengkalan Berangan Badaruddin Ismail.

ADUN Pengkalan Berangan YB Ustaz Sulaiman Sulong terus prihatin dan cakna terhadap warga DUN Pengkalan Berangan walaupun yang berada luar daripada Negeri Terengganu.

Sementara itu, Sulaiman berkata, pihaknya akan terus memberi bantuan kepada rakyat DUN Pengkalan Berangan yang memerlukan walaupun mereka berada di luar negeri.

"Selagi mereka adalah pengundi dari DUN Pengkalan Berangan, maka perlu untuk kita terus prihatin walaupun mereka berada di luar dari negeri kita," ujarnya.